Latar Belakang Sekolah


LATAR BELAKANG
SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3
                       

                        Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam ( 3 ) kerana dibina di kawasan perumahan Puncak Alam Fasa III. Sekolah ketiga dibina di Bandar Baru Puncak Alam selepas SK Puncak Alam di Fasa 1 dan Fasa 2. Terletak di berhampiran Perumahan Bandar Baru Puncak Alam Fasa 3 dalam Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor. Kemasukan murid yang kebanyakannya dari sekolah berhampiran dan dari keluarga yang telah duduk menetap di Bandar Baru Puncak Alam, kawasan Fasa 2, Fasa 3 serta Shah Alam 2. Sekolah menawarkan murid Tahun  1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 sahaja bagi memulakan persekolahan sulongnya. Pada mulanya ia dijangka dibuka pada Jun 2011. Oleh kerana sekolah yang sedia ada tidak dapat menampung kepadatan murid. Ia mula beroperasi seawal Jan 2011 dengan murid seramai 770 orang dan guru yang ditugaskan ke sekolah ini seramai 39 orang  dibantu oleh 2 kakitangan sokongan. Guru Besar Pertama mengalas tanggungjawab ialah Tuan Haji Ismail Dawani bersama 3 orang pembantu iaitu En. Zahar Azlan Ariffin ( Penolong Kanan 1), Tuan Haji Isnu Sururi( Penolong Kanan Ko-Kurikulum ) dan Pn Shamhaitoon Abd. Razak( Penolong Kanan Hem). Murid-murid yang di tempatkan adalah murid-murid dari sekolah berdekatan. Sebilangan besarnya murid Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2.

Sekolah ini merupakan sebuah institusi yang tersergam indah mempunyai 5 Blok Bangunan Utama. Sekolah ini mempunyai bangunan khas yang dibinasama iaitu Dewan Terbuka, Pra-Sekolah, surau, kantin,  bangsal basikal, tempat menunggu bas dan bilik-bilik khas yang lain. Sekolah dibantu oleh syarikat pengawal keselamatan dan pekerja perkhidmatan pembersihan swasta mulai Jan 2011. Pengusaha kantin sekolah dan juga pengurusan kedai buku sekolah yang pertama disebutharga juga mulai Jan 2011. Permulaannya sesi persekolahan hanya satu sesi dan dijangka akan diadakan 2 sesi persekolahan pada masa akan datang mengikut keperluan. Bervisikan  sekolah cemerlang menjelang 2016. Warga sekolah bersama-sama berganding bahu ke arah mencipta satu lagi sejarah bagi  menjadikan SPKA 3 sekolah cemerlang dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Pihak sekolah telah menetapkan satu misi penting  yang perlu dicapai terlebih dahulu bagi memastikan impian tersebut menjadi realiti. Iaitu dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan iklim pembelajaran yang kondusif. Agar ianya dapat melahirkan Warganegara Malaysia yang cemerlang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.