Wednesday 29 January 2014

CUTI UMUM TAHUN BARU CINA

Sempena Cuti Umum Tahun Baru Cina, SK Puncak Alam 3 akan bercuti esok (Jumaat) 31 Januari 2014. Sekolah akan bermula seperti biasa pada hari Isnin (3 Febuari 2014). Sekian Harap Maklum.

Friday 24 January 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH SKPA3

Pagi ini diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SKPA3 bermula jam 7:30 pagi sehingga jam 12:30 tengahari.


Thursday 23 January 2014

PENYAMPAIAN BR1M KEPADA MURID-MURID SKPA3

Tengahari tadi bermula jam 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang, pihak sekolah telah mengagihkan BR1M kepada semua murid terlibat.

Wednesday 22 January 2014

PUNCAK RUN 2014

Acara tahunan SK Puncak Alam 3, Merentas desa telah berlangsung sebentar tadi.

Monday 20 January 2014

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 2014

Ujian Diagnostik Tahun 6 akan berlangsung selama 3 hari pada 21,22 dan 23 Januari 2014.  Semoga calon-calon UPSR Tahun 2014 berjaya menjawab kertas-kertas soalan dengan jayanya.

PROGRAM MOTIVASI INSAN GEMILANG (PMIG) 2014

Program Motivasi Insan Gemilang (PMIG) SK Puncak Alam 3 sedang berlangsung pada 20, 21 dan 22 Januari 2014.  Program 3 hari anjuran Unit HEM melalui Bimbingan & Kaunseling ini melibatkan pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6.

Wednesday 8 January 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Pihak Sekolah SK Puncak Alam 3 mengalu-alukan kedatangan murid-murid kembali ke sekolah untuk sesi persekolahan 2014.  Pihak sekolah juga ingin mengalu-alukan kedatangan murid baru Tahun 1 semoga menjadi murid yang baik dan berdisiplin sepanjang berada di sekolah. SELAMAT DATANG.